Taklimat

Kami sentiasa bersama anda dalam memberi perkhidmatan yang berkesan dan unik. Justeru itu, kami memberi peluang kepada anda yang ingin mendekatkan diri dan memahami Program E-khidmat Ikhlas dengan membuat taklimat dan penerangan di pejabat anda.

 

Proses Taklimat :

  1. Syarat-syarat:
    i) Bilangan kehadiran minima ialah 50 orang.
    ii) Pihak anda dikehendaki menyediakan peralatan seperti projector, alatan audio dan peralatan lain berkaitan yang dirasakan perlu.
    iii) Jika terdapat PINDAAN pada tarikh yang ditetapkan, sila hubungi kami untuk kemaskini maklumat dengan segera.
  2. Taklimat akan dilangsungkan sekurang-kurangnya selama 30 minit untuk penerangan dan pembentangan produk (slideshow), persembahan korporat video dan juga sesi soal jawab.
  3. Peserta akan diberi risalah Medikad semasa menghadiri taklimat ini.

Kaunter Pertanyaan :

  1. Peserta boleh menyertai Program Insurans Medikad dengan mengisi borang dan melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan di kaunter pertanyaan yang disediakan.

 

Sila isikan borang di bawah dan kami akan berhubung dengan anda melalui maklumat yang dibekalkan.